Kes sembuh atasi kes positif – Utusan Digital

Kes sembuh atasi kes positif – Utusan Digital

PUTRAJAYA: Malaysia kembali mencatatkan penurunan kes positif Covid-19 iaitu 20,988 kes berbanding semalam, 18,762 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 23,473 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 249 kematian dicatatkan dengan 1,001 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 470 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 262,540 kes aktif.

Katanya, Selangor yang kekal menjadi penyumbang terbesar merekodkan sebanyak 4,073 kes diikuti Sarawak (2,992), Kedah (2,455), Sabah (2,329), Johor (1,993), Pulau Pinang (1,600), Kelantan (1,247)

“Enam negeri mencatatkan kes tiga angka iaitu Perak (990), Terengganu (987), Kuala Lumpur (731), Pahang (599), Melaka (407) dan Negeri Sembilan (301).

“Perlis pula mencatatkan pertambahan mendadak iaitu 90 kes dan Putrajaya, 37 kes manakala Labuan, lima kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Scroll to Top