Kes simbah asid pengusaha spa: Seorang lagi ditahan

Kes simbah asid pengusaha spa: Seorang lagi ditahan

nfazlina@nstp.com.my

Kota Bharu: Seorang lagi suspek ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes simbah asid pengusaha spa di Bachok, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin, berkata suspek lelaki berusia 45 tahun ditahan di Kuala Krai malam tadi.

“Suspek lelaki ini adalah rakan kepada wanita yang ditahan petang kelmarin. Justeru, dua tangkapan dilakukan setakat ini.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Kota Bharu untuk mendapatkan perintah reman pagi ini,” katanya ketika dihubungi.

Dalam kejadian Sabtu lalu, pengusaha spa, Nor Faziera Muda, 27 terpaksa menjalani pembedahan selama enam jam selepas disimbah asid oleh tiga orang berpakaian purdah.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top