Penyanyi dan pelakon Dafi berkata dia tidak terkesan dengan isu siasatan uruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melibatkan bapanya yang juga bekas Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Memetik mStar Online, penyanyi berusia 37 tahun itu berkata isu tersebut membabitkan kerja bapanya dan dia enggan mengulas mengenai perkara berkenaan.
BACA: “Doakan Kesihatan Saya” – Dafi Nafi Hidap Kanser Darah
“Kenapa saya perlu terkesan dengan kes tersebut? sebab itu merupakan isu kerja ayah saya.
“Sebagai anak, saya tidak mahulah ulas atau bercakap mengenai perkara itu. Sedangkan di rumah juga tidak bercakap soal kerja,” katanya.
Sementara itu, Dafi berkata sebagai anak dia memberikan sokongan kepada bapanya serta berharap kes tersebut dapat diselesaikan dengan baik.
“Saya hanya beri sokongan sahaja kepada ayah dan harap perkara ini dapat diselesaikan dengan baik, keadaan kembali seperti biasa. Secara jujur, situasi ini langsung tidak memberikan kesan kepada saya,” katanya.
Sumber: mStar Online