Kes tembak di Bangsar: 2 lelaki ditahan reman hingga Rabu depan

Kes tembak di Bangsar: 2 lelaki ditahan reman hingga Rabu depan

suharmin.yusuf@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Polis mengesahkan menahan dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian melepaskan tembakan di Jalan Telawi, Bangsar, di sini, semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, kedua-dua suspek berumur 27 dan 33 tahun itu ditahan di kawasan Klang, Selangor kira-kira jam 11.45 malam pada hari sama.

“Ketika serbuan, turut dirampas pistol berserta peluru hidup dan pistol tiruan.

“Semakan turut mendapati, suspek pertama mempunyai lima rekod jenayah manakala suspek kedua mempunyai 17 rekod jenayah,” katanya dalam kenyataan ringkas, hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua suspek kini direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga Rabu ini dan kes masih dalam siasatan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top