Oh! Negara
Anwar Ibrahim arah siasatan telus kes Zara Qairina. Kubur digali semula untuk bedah siasat kedua.
Kes kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir di Sabah semakin mendapat perhatian apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan siasatan perlu dibuat secara telus dan tidak melindungi sesiapa pun.
Menurutnya, kes ini tak boleh dipandang ringan memandangkan banyak dakwaan timbul termasuk mangsa terjatuh, ditolak atau dibuli.
Anak kita di Sabah meninggal dunia ada kata jatuh, ada kata tolak, ada kata sebab buli. Kita tidak pandang ringan dan kita tidak mahu ia dijadikan bahan politik.
Arahan kita jelas tiada tolak ansur, tidak kira anak siapa sekalipun, anak menteri atau sesiapa sahaja, saya tidak peduli.- Kata Anwar.
Anwar Ibrahim hubungi pihak berkuasa tertinggi…
Anwar turut memaklumkan beliau sendiri telah menghubungi Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail; Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar serta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Katanya, beliau mahu pastikan siasatan dilakukan dengan adil dan tiada unsur melindungi pihak tertentu.
Saya tanya, apakah ada kesilapan (siasatan Zara Qairina)? Kalau ada, ambil tindakan. Ini satu kematian, tidak kiralah anak orang miskin atau anak kaya, di gunung, di darat atau di laut.
Kita ambil tahu kerana siasatan mesti dijalankan secara telus. Saya sedih kerana ini mungkin anak atau cucu saya.- Tegasnya.
Kubur Zara Qairina digali semula untuk bedah siasat kedua…
Disebabkan adanya syak wasangka, Jabatan Peguam Negara (AGC) telah mengarahkan kubur digali semula bagi melakukan bedah siasat kedua.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M Kumar juga diarahkan turun ke Sabah untuk memantau siasatan secara langsung.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pula berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan proses penggalian semula kubur Zara Qairina secepat mungkin seperti yang diarahkan AGC.
Pssttt! Kes ini memang buat hati kita luluh. Ohmedia harap korang sentiasa cakna bila ada tanda-tanda pelajar atau rakan mengalami masalah di sekolah. Jangan ambil mudah bila dengar kes buli atau kejadian mencurigakan, sebab nyawa manusia tak boleh diganti.
Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!