Trending
AGC sahkan lima remaja perempuan tetap akan didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak dalam kes buli arwah Zara Qairina.
Jabatan Peguam Negara (AGC) mengesahkan bahawa pendakwaan terhadap lima remaja perempuan bawah 18 tahun dalam kes buli membabitkan Allahyarham Zara Qairina Mahathir tetap akan diteruskan.
Menurut laporan Kosmo, kes tersebut akan dibicarakan di Mahkamah Kanak-Kanak Kota Kinabalu, Sabah.
Pertuduhan Mengikut Seksyen 507C (1)

Menurut Peguam Negara, Tan Sri Mohd. Dusuki Mokhtar, pendakwaan dibuat di bawah Seksyen 507C (1) Kanun Keseksaan (Pindaan 2025).
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Peguam ibu Zara Qairina mohon penangguhan

Sebelum ini, peguam yang mewakili ibu arwah memohon agar pertuduhan ditangguhkan kerana mendakwa hukuman yang dicadangkan terlalu ringan serta bimbang isu double jeopardy.
Namun, AGC menegaskan bahawa pendakwaan tetap akan diteruskan dan tidak akan mengganggu proses inkues yang sedang berlangsung.
Lima remaja perempuan berkenaan akan berdepan pertuduhan mengugut menggunakan perkataan atau komunikasi berbentuk mengancam, menghina atau mengaibkan sehingga menyebabkan gangguan serta tekanan kepada mangsa.
Pssttt! Kes buli bukan perkara kecil. Kata-kata boleh jadi lebih tajam daripada pisau. Sentiasa jaga percakapan dan sikap, kerana ia mampu mengubah hidup seseorang selamanya.
Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.




