Kes Zara Qairina: Pakar Sahkan Kematian Konsisten Dengan Bunuh Diri | Oh! Tidak – Oh! Media

Kes Zara Qairina: Pakar Sahkan Kematian Konsisten Dengan Bunuh Diri | Oh! Tidak – Oh! Media

Oh! Tidak

Kes Zara Qairina menunjukkan kematian konsisten bunuh diri menurut pakar psikiatri forensik di mahkamah.


Kes kematian remaja, Zara Qairina Mahathir mendapat penjelasan terkini apabila pakar psikiatri forensik tampil memberikan pandangan di Mahkamah Koroner. Kes ini sebelum ini mencetuskan pelbagai persoalan dalam kalangan masyarakat.

Menurut dapatan bedah siasat psikologi yang dijalankan, kematian Zara Qairina didapati paling konsisten dengan tindakan bunuh diri. Penjelasan ini dibuat berdasarkan pelbagai bukti dan analisis menyeluruh terhadap keadaan mangsa sebelum kejadian.

Pakar dedah dapatan bedah siasat psikologi Zara Qairina

Zara Qairina

Pakar perunding psikiatri forensik, Dr Chua Sze Hung memaklumkan bahawa mangsa menunjukkan lebih banyak faktor risiko berbanding faktor pelindung ketika kejadian berlaku.

Laporan setebal 84 muka surat yang disediakan turut mengambil kira pelbagai aspek termasuk diari mangsa, laporan kaunseling, lokasi kejadian serta temu bual dengan keluarga dan pihak sekolah.

Terdapat maklumat yang menunjukkan gangguan emosi, kemarahan melampau, tingkah laku mencederakan diri sendiri, hubungan interpersonal yang tidak stabil dan ketakutan akan ditinggalkan.

Bagaimanapun, ia tidak mencukupi untuk membentuk diagnosis gangguan personaliti secara retrospektif. Walaupun terdapat maklumat yang menunjukkan gejala kemurungan, saya tidak percaya mangsa menderita penyakit mental teruk yang boleh didiagnosis sebelum insiden berkenaan.- Katanya.

Faktor tekanan dan pencetus dikenal pasti

Zara Qairina Kubur

Menurut pakar, tindakan tersebut berkemungkinan berlaku ketika mangsa berada dalam tekanan emosi yang sangat tinggi dan pertimbangan yang terjejas.

Pertemuan faktor kecenderungan dan pencetus menunjukkan tindakan terakhir itu berkemungkinan besar adalah usaha untuk mengakhiri penderitaan, yang berlaku semasa keadaan tekanan akut yang melampau, pertimbangan yang terjejas, dan pengurangan akses kepada mekanisme pelindung normal, bukannya penamatan yang dirancang dengan rapi.- Katanya.

Antara faktor risiko yang dikenal pasti termasuk tekanan hidup, konflik keluarga, persepsi dibuli, prestasi akademik serta kecenderungan mencederakan diri. Selain itu, faktor pencetus seperti perasaan terasing dan tekanan semasa soal siasat juga memainkan peranan.

Zara Qairina

Untuk rekod, Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di asrama sekolahnya sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai 2025.

Pssttt! Nampaknya, masih jauh untuk kita dapat keadilan buat arwa Zara Qairina. Kita serahkan dahulu kepada pihak yang bertanggungjawab semoga semuanya terjawab. Salam takziah buat keluarga Zara, Al-Fatihah.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top