Trending
Kes kematian Zara Qairina terus jadi perhatian. Peguam rayu saksi tampil bantu siasatan sebelum inkues dijalankan.
Kes kematian tragis Allahyarham Zara Qairina Mahathir terus menjadi perhatian selepas pasukan peguam yang mewakili ibunya, Noraidah Lamat merayu agar saksi tampil membantu siasatan.
Menurut laporanĀ Berita Harian, peguam Hamid Ismail berkata yang pasukan mereka masih dalam proses mengumpul keterangan saksi untuk tujuan pendakwaan dan inkues yang bakal dijalankan tidak lama lagi.
Mohon saksi yang masih ada, tolong tampil. Setakat ini ada beberapa orang yang sudah berjumpa dengan saya, tetapi maklumat perlu ditapis dahulu.
Ada saksi tampil, tapi identiti dirahsiakan

Ketika ditanya sama ada saksi berkenaan terdiri daripada pelajar sekolah, Hamid menegaskan tiada pendedahan akan dibuat demi menjaga keselamatan mereka.
Untuk keselamatan, saya tidak boleh dedahkan tetapi Alhamdulillah memang ada (saksi tampil).
Hamid turut memaklumkan bahawa pihaknya akan berhubung rapat dengan Noraidah bagi memberikan perkembangan terkini mengenai kes.
Kes buli yang undang perhatian satu negara

Terdahulu, Allahyarham Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sebuah sekolah agama di Papar pada 16 Julai lalu, sebelum disahkan meninggal dunia keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth I (HQEI).
Kes ini menjadi isu besar di media sosial apabila kematian Zara dikaitkan dengan perbuatan buli di sekolah berkenaan, sekali gus mencetuskan rasa marah dan sedih dalam kalangan rakyat Malaysia.
Pssttt! Buli bukan sekadar gurauan, ia boleh meragut nyawa. Jika nampak sesuatu yang mencurigakan, jangan diam dan bertindaklah sebelum tragedi berulang.
Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.