Kes Zara Qairina: Peguam Rayu Tangguh Pendakwaan 5 Remaja, Ada Yang Kurang Tepat? | Trending – Oh! Media

Kes Zara Qairina: Peguam Rayu Tangguh Pendakwaan 5 Remaja, Ada Yang Kurang Tepat? | Trending – Oh! Media

Trending

Peguam keluarga Allahyarham Zara Qairina rayu Peguam Negara tangguh pendakwaan 5 remaja. Tuntut siasatan semula demi keadilan arwah.


Kes tragis melibatkan Allahyarham Zara Qairina Mahathir terus mendapat perhatian apabila kumpulan peguam yang mewakili ibu mangsa tampil membuat rayuan kepada Peguam Negara.

Menurut laporan Kosmo, mereka meminta agar pendakwaan ke atas lima remaja yang dijadualkan esok ditangguhkan sementara waktu, kerana timbul isu berkaitan seksyen undang-undang yang digunakan.

Mohon pinda Seksyen Pendakwaan

Zara Qairina

Pasukan peguam yang diketuai oleh Hamid Ismail bersama lima lagi rakan peguam memaklumkan mereka baru mengetahui bahawa remaja terbabit akan didakwa di bawah Seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan.

Namun, mereka berpendapat bahawa seksyen tersebut kurang tepat dan seharusnya dipinda kepada Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan.

Kami dengan ini memohon agar Peguam Negara dapat menangguhkan pendakwaan tersebut buat sementara waktu.

Kami akan memohon agar Peguam Negara dapat mempertimbangkan agar semua remaja di atas dituduh di bawah seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan.

Tuntutan keadilan buat Zara Qairina

Zara Qairina Kubur

Rayuan ini dibuat agar pendakwaan berjalan dengan lebih adil dan setimpal dengan insiden buli yang didakwa menjadi punca kepada tragedi menimpa arwah Zara Qairina.

Kes ini sekali lagi membuka mata ramai tentang bahaya buli dalam kalangan remaja serta keperluan undang-undang yang tegas bagi memastikan keadilan ditegakkan.

Pssttt! Buli bukan gurauan. Ia boleh meragut nyawa dan menghancurkan masa depan. Sama-sama kita jadikan kes Zara Qairina sebagai pengajaran untuk lebih prihatin dan tegas membanteras budaya buli.

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top