Kes kematian tragis Zara Qairina Mahathir kini memasuki fasa baharu apabila siasatan mendapati terdapat ketidakpatuhan kepada prosedur siasatan.
BACA: Jabatan Peguam Negara Arah Inkues Kematian Zara Qairina
Lapor Harian Metro, pegawai penyiasat dan penyelianya bakal berdepan tindakan tegas susulan pendedahan Task Force Bukit Aman yang memulakan siasatan pada 11 Ogos lalu.
Pegawai penyiasat kes kematian Zara Qairina tak ikut SOP

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk M Kumar berkata, hasil dapatan awal menunjukkan pegawai penyiasat gagal membuat permohonan untuk proses bedah siasat.
Lebih mengejutkan, tiada penyeliaan dilakukan dalam kes ini.
Persetujuan ibu mangsa hentikan bedah siasat

Menurut Datuk M Kumar, terdapat persetujuan bertulis daripada ibu mangsa untuk tidak menjalankan bedah siasat.
Walau bagaimanapun, saya juga perlu mendedahkan bahawa terdapat persetujuan atau permohonan daripada ibu mangsa memohon supaya bedah siasat tidak dibuat. Persetujuan ini direkodkan dengan tandatangan ibu mangsa, doktor, patalogi dan pegawai penyiasat dalam satu dokumen ‘Surat Akuan Enggan Bedah Siasat Mayat Atas Kemahuan Sendiri’ yang dikeluarkan pihak hospital.
Dalam perkembangan sama, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengumumkan bahawa inkues akan dijalankan bagi menentukan punca dan sebab kematian, termasuk mengenal pasti sama ada wujud unsur jenayah atau tidak.
Prosiding ini akan dikendalikan di Mahkamah Koroner secara bebas dan telus mengikut peruntukan undang-undang.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.