Kes Zara Qairina: SUHAKAM Ingatkan Identiti 5 Remaja Terbabit Tak Boleh Didedahkan! | Trending – Oh! Media

Kes Zara Qairina: SUHAKAM Ingatkan Identiti 5 Remaja Terbabit Tak Boleh Didedahkan! | Trending – Oh! Media

Trending

SUHAKAM ingatkan identiti lima remaja kes buli Zara Qairina tak boleh didedahkan.


Kes buli membabitkan pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir, terus jadi perhatian selepas lima remaja bakal didakwa di Mahkamah Kanak-kanak Kota Kinabalu, Sabah esok.

Menurut laporan Harian Metro, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) menegaskan identiti lima remaja terbabit tidak boleh sama sekali didedahkan kepada umum.

Perlindungan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001

Zara Qairina

Dalam kenyataan rasmi, SUHAKAM mengingatkan yang sebarang butiran mereka yang boleh membawa kepada pengecaman tidak boleh didedahkan.

Identiti mereka tidak boleh didedahkan secara langsung atau tidak langsung. Nama, gambar, sekolah, atau sebarang butiran yang boleh membawa kepada pengecaman mereka tidak boleh didedahkan.

SUHAKAM turut menjelaskan mereka berhak mendapat perlindungan penuh di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) termasuk sokongan berasaskan trauma, wakil guaman serta layanan yang adil.

Malah, menerbitkan identiti kanak-kanak boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun jika sabit kesalahan.

Mahkamah kanak-kanak adalah mahkamah tertutup

Zara

SUHAKAM turut menekankan bahawa prosiding ini berlangsung di Mahkamah Kanak-kanak yang bersifat tertutup.

Hanya pihak berkepentingan dibenarkan hadir, manakala orang awam dan media perlu menghormati undang-undang serta tidak mendedahkan sebarang maklumat sensitif.

Dalam kenyataannya, SUHAKAM turut mengingatkan masyarakat agar tidak menambah beban dengan stigma terhadap kanak-kanak terbabit.

Masyarakat perlu sedar bahawa buli, sama ada di sekolah atau di media sosial, tidak boleh diterima dalam apa jua bentuk.

Malah, platform media sosial seperti Facebook, Instagram, dan TikTok turut disaran mengemaskini dasar dalaman secara proaktif supaya kandungan melanggar Akta Kanak-Kanak dapat dipadam segera tanpa menunggu laporan.

Pssttt! Kes buli ini jadi pengajaran besar buat semua. Hormatilah undang-undang dan jangan sebarkan identiti remaja terbabit. Fokuslah pada pencegahan buli, bukan menyebar kebencian.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top