“Kesakitan Ini Tak Mampu Lagi Untuk Saya Tanggung Sendirian” – Perkahwinan Dengan Jay Iswazir Terlerai Selepas 2 Tahun, Rakan Artis & Peminat Banjiri Ruangan Komen Azzahra Ahmad

“Kesakitan Ini Tak Mampu Lagi Untuk Saya Tanggung Sendirian” – Perkahwinan Dengan Jay Iswazir Terlerai Selepas 2 Tahun, Rakan Artis & Peminat Banjiri Ruangan Komen Azzahra Ahmad

Pelakon Azzahra Ahmad menyampaikan khabar sedih perkahwinan yang dibina bersama pelakon Jay Iswazir berakhir pada 28 Oktober lalu.

Mendirikan rumah tangga dengan Jay pada Mac 2022 dan belum dikurniakan anak, Azzahra membuat pengumuman itu melalui sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram, malam tadi.

 

“Bismillahirohmanirrohim… Dengan ini saya dengan rendah hati ingin memberitahu bahawa hubungan saya bersama Ahmad Iswazir Ismail sudah terlerai.

“Kami sudahpun berpisah. Bagi mengelak salah faham atau fitnah, saya terpaksa membuat hantaran ini untuk memberitahu kepada umum dan atas sebab-sebab tertentu juga,” tulis aktres Sayangku Kapten Mukhriz dan Cinta Selawat ini.

Tidak menyatakan sebab perceraian mereka, Azzahra meminta bekas suami dapat menjalankan tanggungjawab sepanjang tempoh edah.

“Semoga dalam tempoh masih edah ini saya harap awak mampu tunaikan tanggungjawab dan tolong jangan ambil mudah.

“Terima kasih atas segala-galanya sepanjang kita bersama sebagai suami isteri. Maaf atas kekurangan dan halalkan makan minum saya. Mohon doakan yang baik-baik untuk kami berdua meneruskan hidup selepas ini,” tulisnya lagi.

Di ruangan komen hantaran terbabit, rakan artis serta peminat membanjirinya dengan kata-kata semangat agar Azzahra kuat meneruskan kehidupan selepas bercerai.

Scroll to Top