
Status Kelantan FC untuk mendapat lesen kebangsaan bagi beraksi dalam kancah Liga Super musim depan masih menjadi tanda tanya. (Gambar kecil: Pekan)
PELAKSANAAN ‘Financial Fair Play’ (FFP) bagi mengatasi masalah kewangan pasukan Liga Malaysia (Liga-M) adalah sesuatu yang positif, namun timbul persoalan kesediaan setiap kelab untuk mempraktikkannya.
Penganalisis sukan, Datuk Dr Pekan Ramli berkata, menerusi FFP syarat yang ketat dikenakan ke atas setiap pasukan termasuk denda yang tinggi sekiranya mana-mana kelab gagal mematuhi peraturan tersebut.
Justeru katanya, setiap pasukan perlu bersedia daripada pelbagai aspek termasuk sumber dana, kewangan yang kukuh dan perancangan teliti bagi mengharungi setiap musim Liga-M.
“MFL (Liga Bolasepak Malaysia) sudah buat (FFP) cuma tidak setegas seperti di Eropah dan EPL (Liga Perdana Inggeris).