Trending
Warganet tampil pertahan Amy Search daripada dakwaan serang Shila Amzah. Apa sebenarnya berlaku?
Nama Amy Search tiba-tiba menjadi panas selepas timbul dakwaan beliau terlibat dalam insiden serangan terhadap penyanyi popular, Shila Amzah ketika sesi latihan Konsert Ulang Tahun ke-20 MR D.I.Y baru-baru ini.
Menurut laporan Oh Bulan, ramai warganet tampil mempertahankan Amy dan menyifatkan penyanyi itu bukanlah seorang yang mudah terlibat dalam kontroversi apatah lagi mencetuskan pergaduhan.
“Amy takkan buat kalau tak dihasut” – Peminat

Kalau korang tengok ruangan komen di Instagram, ramai peminat tampil menyuarakan rasa simpati terhadap penyanyi legenda itu dan mempertahankan keperibadiannya yang tenang sepanjang kariernya.
Amy yang dikenali tak suka gaduh dengan orang sepanjang karier dan itulah sifatnya.
Kesian Amy, aku tau dia bukan macam itu!
Rasanya Amy takkan buat benda-benda pelik kalau tak ada orang yang hasut dia.
Netizen minta Amy Search kekal profesional

Selain mempertahankan Amy Search, ada juga netizen yang turut memberi nasihat agar isu ini diselesaikan dengan matang, demi menjaga nama baik beliau sebagai ikon muzik tanah air.
Amy yang aku tahu bukan hamak kontroversi, kalau boleh cubalah bersihkan nama baik.
Industri Malaysia ini kecik sahaja, kenapa sampai serang menyerang? Jadilah profesional.
Shila Amzah beri penjelasan

Untuk rekod, Shila Amzah sebelum ini menjelaskan bahawa dia sekadar memberi sokongan terhadap luahan Nabila Huda di platform X berkaitan isu ibu tiri, dan tidak pernah berniat mencampuri urusan peribadi sesiapa.
Pssttt! Dalam industri seni yang kecil ini, persefahaman dan komunikasi matang jauh lebih penting daripada tindakan terburu-buru. Nama baik yang dibina berpuluh tahun jangan sampai tercalar dalam sekelip mata.
Kredit: Oh Bulan
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.