Kesihatan Norish Karman Merosot, Anak Rayu Doa & Sokongan Orang Ramai

Kesihatan Norish Karman Merosot, Anak Rayu Doa & Sokongan Orang Ramai

Pelakon Norish Karman dilaporkan berada dalam keadaan kesihatan yang semakin merosot, menurut perkongsian terbaharu yang dimuat naik di akaun Threads miliknya.

Hantaran tersebut ditulis oleh anaknya, Hanyz Amanda atau lebih dikenali sebagai Chichi yang berkongsi perkembangan terkini ibunya selain memohon doa daripada orang ramai.

“Salam semua …. It’s me Manda aka Chichi di sini nak kongsi berita terkini… Norish Karman atau Bunda yang kami kasihi dalam keadaan kesihatan yang merundum.

“She’s in high risk situation.. Apakan daya kami anak-anak yang masih jauh perjalanan yang belum mampu memberi terbaik. Saya mohon sangat pada sesiapa yang membaca ni… mohon titipkan doa tapi bagi kami, itulah harapan yang masih tinggal,” tulisnya.

Menerusi perkongsian itu, Chichi memaklumkan keadaan Norish kini berada dalam situasi berisiko tinggi dan memerlukan perhatian serta rawatan rapi.

Difahamkan, Norish kini menggunakan kerusi roda bagi mengurangkan tekanan terhadap jantungnya, selain berdepan kesakitan yang memberi kesan kepada keadaan fizikalnya.

“Doa agar Allah swt beri Bunda kami peluang rawatan dan kurnia kesembuhan dan angkat segala kesakitan. Tak sanggup lagi melihat keperitan dia lalui.

“Ketika ni NK menggunakan kerusi roda agar tidak perlu guna jantung berlebihan. Jika ada di luar yang berhati mulia yang sudi menghulur bantuan dalam bentuk apa saja, setiap sokongan, tidak kira dari bentuk doa, tenaga terutama bantuan kewangan, amat besar maknanya buat saya dan adik-adik saya,” tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Norish Karman Lebih Berdikari, Tak Kisah Berhabis Ribuan Ringgit Demi Watak

Dalam masa sama, Chichi turut berharap orang ramai dapat terus mendoakan kesembuhan ibunya serta menghulurkan bantuan sekiranya berkemampuan.

Perkongsian tersebut mengundang rasa simpati ramai, dengan netizen tampil memberikan kata-kata semangat serta doa agar Norish diberi kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan.

Scroll to Top