Ketua Staf Markas Angkatan Bersama ATM didakwa pecah amanah RM5 juta

Ketua Staf Markas Angkatan Bersama ATM didakwa pecah amanah RM5 juta

lokman.khairi@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Ketua Staf Markas Angkatan Bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Mejar Jeneral Datuk Mohamed Fauzi Kamis dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas satu pertuduhan pecah amanah membabitkan Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT) bernilai RM5 juta.

Bagaimanapun, Mohamed Fauzi, 56, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin.

“Saya mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan,” katanya yang berbaju putih dan blazer biru di dalam kandang tertuduh.

Mengikut pertuduhan, ketika beliau sebagai Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota (AKSPA) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan TKAT didakwa melakukan pecah amanah jenayah ke atas harta TKAT berjumlah RM5 juta dengan membuat pelaburan tambahan di dalam sebuah syarikat, tanpa mendapat kelulusan Jawatankuasa Pelaburan TKAT.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Kementerian Pertahanan (KEMENTAH), di sini, pada 27 November 2023.

Jika sabit kesalahan, beliau boleh dihukum mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara dua hingga 20 tahun, sebatan dan denda.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top