KFC Warnai 14 cawangan dengan mural sempena merdeka

KFC Warnai 14 cawangan dengan mural sempena merdeka

PETALING JAYA: KFC Malaysia memberi nafas baharu kepada sambutan kemerdekaan tahun ini apabila 14 cawangan terpilih di seluruh negara dihiasi mural hasil sentuhan artis tempatan.

Ketua Pegawai Pemasaran KFC Malaysia, Hanim Mazam berkata, inisiatif itu adalah sebahagian daripada kempen KFC Cara Kita yang menampilkan keunikan rakyat Malaysia menikmati hidangan kegemaran mereka.

Beliau berkata, mural tersebut bukan sekadar hiasan, tetapi medium untuk mengetengahkan kisah rakyat Malaysia melalui karya seni yang berwarna-warni dan penuh makna.

“Bagi KFC, mural ini lebih daripada sekadar lukisan. Ia merupakan cerita yang mengetengahkan kebanggaan rakyat Malaysia ke ruang kedai kami,” katanya dalam satu kenyataan.

KFC Warnai 14 cawangan dengan mural sempena merdeka
                     Hanim Mazam

Sebanyak 11 pelukis berbakat tempatan termasuk Katun, Nas Suha, Bingka KL dan Haw diberi ruang untuk menterjemahkan ilham mereka mengikut budaya, adat resam dan mercu tanda setempat.

“Setiap mural membawa kisah tersendiri, ada yang menggambarkan nostalgia keluarga, budaya jalanan dan harapan rakyat, manakala yang lain menonjolkan ritual makanan yang dekat dengan masyarakat,’ katanya.

Beliau berkata, kempen itu turut diperluas dengan penghasilan Charm Touch ‘n Go edisi terhad yang menampilkan rekaan khas oleh Bingka, sekali gus membolehkan rakyat memiliki sebahagian daripada karya tersebut.

Tambah Hanim, Bilangan 14 cawangan dipilih melambangkan 14 negeri serta 14 jalur pada Jalur Gemilang, sebagai simbol penghormatan kepada Malaysia yang meraikan ulang tahun kemerdekaan ke-68.

“Selain mural, QSR Brands turut memperkenalkan bengkel seni bersama penuntut universiti, program QSR Prihatin di sekolah, dan peraduan “Surat Cinta Untuk Malaysia” di kalangan kakitangan, bagi menyemarakkan lagi semangat patriotisme,” katanya.-UTUSAN

Scroll to Top