Khairul Aming Bagi Pekerja Barang Dapur, Baju Dan Duit Raya

Khairul Aming Bagi Pekerja Barang Dapur, Baju Dan Duit Raya

Setiap tahun, influencer dan usahawan terkenal, Khairul Aming (KA) tak pernah lupa untuk menghargai staf yang bekerja keras bersamanya.

Tahun ni, sekali lagi dia tunjuk contoh sebagai majikan yang baik dengan membelanja pekerja-pekerjanya sempena Aidilfitri yang bakal tiba beberapa hari lagi.

Khairul Aming belanja baju raya, barang dapur & duit raya!

khairul aming

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, KA kongsi momen dia membawa stafnya membeli-belah persiapan raya. Dari pakaian, barang dapur, sampai ke duit raya, semuanya ditanggung!

Dalam kapsyen, KA luah rasa syukur kerana masih berpeluang meneruskan tradisi ni setiap tahun.

Semalam kita tutup kilang untuk meraikan staff KA di bulan puasa ni. Syukur dan happy dapat teruskan tradisi ni tahun demi tahun.

Tak cukup dengan belanja shopping, KA juga bawa semua staf berbuka puasa di hotel. Memang bos idaman…

Netizen cemburu, ramai nak jadi staf & ada boss macam KA…

Ruangan komen dibanjiri dengan netizen yang teruja dan cemburu tengok layanan KA terhadap pekerjanya. Ramai juga yang bergurau nak kerja dengan KA sebab majikan lain jarang buat macam ni.

#ApaKataOhmedia

Bukan semua majikan sanggup buat macam ni setiap tahun. Jelas, KA bukan sekadar usahawan berjaya, tapi juga seorang pemimpin yang tahu menghargai staf. Semoga lebih ramai majikan mencontohi sikap baik macam ni!


Scroll to Top