Khairul Aming Dipuji Beri Daging Dendeng Percuma Kepada Mangsa Banjir Di Kelantan

Khairul Aming Dipuji Beri Daging Dendeng Percuma Kepada Mangsa Banjir Di Kelantan

Pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming menerima pujian ramai selepas dilihat turut hadir memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Kelantan.

Di TikTok, sebuah video memaparkan Khairul Aming sedang mengagihkan salah satu produk keluarannya iaitu pek daging dendeng kepada mangsa banjir di pusat pemindahan.

Lebih membanggakan, Khairul Aming tidak meletakkan had kepada mangsa-mangsa banjir seberapa banyak yang mereka mahukan terutamanya kepada mereka yang berkeluarga.

“Tak cukup beritahu. Ambil, dua pun tak apa. Siapa yang anak-anak dan keluarga, ambil lebih pun tak mengapa,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa terharu dan memuji tindakan Khairul Aming kerana sanggup ke negeri kelahirannya demi menghulurkan bantuan.

Ada dalam kalangan netizen berkata salah satu sebab usahawan berusia 32 tahun ini sentiasa dimurahkan rezeki adalah kerana sikapnya yang tidak kedekut dan suka berkongsi rezeki.

Scroll to Top