Khairul Aming Jelaskan Sebab Terus Umum Pemenang Ke New Zealand, Tak Tunggu Seminggu

Khairul Aming Jelaskan Sebab Terus Umum Pemenang Ke New Zealand, Tak Tunggu Seminggu

Trending

Netizen persoal mengapa Khairul Aming terus umumkan nama pembeli terpantas pada malam jualan.


Usahawan dan pempengaruh terkenal, Khairul Aming tampil memberi penjelasan berhubung isu pengumuman pemenang ke New Zealand yang dibuatnya selepas jualan selesai.

Ada yang mempersoalkan mengapa beliau tidak menunggu seminggu untuk umumkan keputusan bagi mengelakkan pembatalan pesanan.

Ramai yang cancel order sebab tak menang ke New Zealand?

Khairul Aming

Menurut Khairul Aming, langkah itu diambil demi menghormati masa pembeli yang datang menyokongnya.

Jika diumumkan lambat, beliau bimbang akan timbul tuduhan bahawa pemenang dipilih melalui ‘cable’ atau hubungan tertentu.

Pembatalan pesanan hanya sedikit

Khairul Aming

Beliau turut mendedahkan hanya sedikit pelanggan yang membatalkan pesanan dan ia perkara biasa setiap kali pelancaran produk.

Malah, ramai yang sudah menerima bungkusan mereka sejak semalam, dengan banyak ulasan positif diterima untuk produk rendang tersebut.

Khairul Aming menegaskan giveaway yang dianjurkan adalah tanda penghargaan buat pengikutnya, bukan untuk melariskan jualan.

Pssttt! Langkah Khairul Aming ni memang nampak telus dan profesional. Tak hairanlah ramai yang kekal setia menyokongnya walaupun tak menang giveaway.

Kredit: Instagram Khairul Aming
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top