Oh! Artis
Che Sayang Kitchen dikecam tak authentic, Khairul Aming tampil beri sokongan padu di platform X.
Dunia masakan media sosial tiba-tiba panas bila Che Sayang Kitchen jadi sasaran kecaman netizen yang mendakwa perkongsian resipinya tak authentic dan tak ikut cara tradisional.
Segalanya bermula apabila perkongsian resipi beliau dikritik kerana tidak menggunakan bahan yang dianggap sebagai bahan sebenar. Ada yang sampai mendakwa versi Che Sayang sudah “menderhaka” kepada resipi asal.
Difahamkan jika ikut resipi sebenar, harga bahan memang agak tinggi dan bukan semua orang mampu sediakan. Jadi versi yang lebih ringkas dan mampu milik inilah yang sering dipilih oleh Che Sayang Kitchen.
Khairul Aming tampil beri sokongan

Ketika kecaman masih hangat, Khairul Aming tampil memberi sokongan terbuka kepada Che Sayang Kitchen. Walaupun mesejnya ringkas di platform X, tapi cukup mendalam maksudnya.
Resipi ni guna 4 bahan, 3 bahan boleh di beli di kedai tapi ada 1 bahan yang takkan boleh beli walau dengan duit sebanyak mana sekalipun.- Tulisnya.
Resipi ni guna 4 bahan, 3 bahan boleh di beli di kedai
tapi ada 1 bahan yang takkan boleh beli walau dengan duit sebanyak mana sekalipun pic.twitter.com/7j1FH5PGqY
— Khairulaming (@khairulaming) March 3, 2026
Walaupun Khairul Aming tak mention nama Che Sayang tapi ramai yang faham mesej tersirat itu merujuk kepada nilai kasih sayang dan semangat kekeluargaan. Bagi sesetengah orang, itu jauh lebih penting daripada sekadar mengejar label authentic.
Pssttt! Ohmedia harap korang jangan cepat menghukum bila nampak sesuatu tak sama dengan kebiasaan. Kadang-kadang nilai sebenar bukan pada authentic semata-mata, tapi pada niat dan manfaat untuk orang ramai.
Kredit: Aplikasi X
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




