Khairul Aming ‘ubah’ Rembayung jadi Bazar Ramadan, siap ada chef masak-masak!

Khairul Aming ‘ubah’ Rembayung jadi Bazar Ramadan, siap ada chef masak-masak!

Pempengaruh dan juga usahawan terkenal, Khairul Aming telah ‘mengubah’ restoran miliknya Rembayung jadi Bazar Ramadan pada bulan puasa ini.

 Rembayung jadi Bazar Ramadan

Khairul Aming ubah Rembayung jadi Bazar Ramadan

Menerusi hantaran di media sosial, Khairul Aming atau nama sebenarnya, Khairul Amin bin Kamarulzaman, 34 memaklumkan perancangan untuk melakukan aktiviti tersebut sudah berjalan sejak dua bulan lepas dengan menjadikan Rembayung sebagai satu studio siaran langsung terbesar di Malaysia.

Rembayung jadi Bazar Ramadan, ada pelbagai aktiviti

Jelas Khairul Aming lagi, siaran langsung tersebut akan dikendalikan 10 pengacara termasuklah selebriti terkenal, Zizan Razak yang bakal membantu memeriahkan lagi ‘live’ berkenaan pada tengah hari ini.

“Selepas 2 bulan merancang, hari ni kita transform Rembayung menjadi live room terbesar di Malaysia.
“Dengan bantuan 10 co-host termasuk Zizan Razak, kita akan bersiaran langsung di Rembayung bermula 12 tengah hari di untuk anda semua,” tulisnya.

Dalam pada itu, Khairul Aming memaklumkan pelbagai aktiviti dibuat disana termasuklah perkongsian Ramadan dan demostrasi memasak bersama chef.

Usahawan terbabit juga menyediakan hadiah 80 tempat untuk makan di Rembayung dan pemenang bebas memilih tarikh dan masa yang diinginkan.

“Macam-macam aktiviti kita akan buat, termasuk perkongsian ramadan dan masak-masak live dari dapur bersama chef.
“…dan kita nak hadiahkan 80 pax untuk makan di Rembayung, boleh pilih tarikh dan masa yang nak. Tertakluk terma dan syarat
“Jumpa anda live di TikTok KA tengah hari ni,” ujarnya.

Artikel lain: Rembayung bukan penghalang, Khairul Aming tetap kongsi resipi Ramadan

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang tertarik dengan konsep yang dibawakan usahawan itu dalam mengimarahkan lagi bulan Ramadan ini dan mendoakan agar segala yang dilakukan memberi manfaat kepada semua.

Sumber: Instagram khairulaming 

 

Scroll to Top