Khairul Aming Umum Produk Keempat, Siap Sedia Untuk Battle 125,000 Botol | Oh! Artis – Oh! Media

Khairul Aming Umum Produk Keempat, Siap Sedia Untuk Battle 125,000 Botol | Oh! Artis – Oh! Media

Oh! Artis

Khairul Aming memperkenalkan Sambal Nyet Bilis, produk keempatnya yang bakal dilancarkan pada 7 Ogos.

Teka-teki mengenai produk terbaharu Khairul Aming akhirnya terjawab. Bukan dendeng atau rendang, sebaliknya satu lagi sambal bakal menyertai keluarga produk Nyet Berapi.

Produk keempat itu diberi nama Sambal Nyet Bilis, hadir dengan rasa berbeza serta menggunakan ikan bilis dan lebih banyak bahan.

Enam tahun Khairul Aming tunggu perkenal sambal baharu

Menurut Khairul Aming, ini merupakan sambal baharu pertamanya selepas enam tahun berniaga dengan hanya satu pilihan sambal.

Selepas 6 tahun berniaga dengan satu sambal sahaja, akhirnya kita dah bersedia untuk keluarkan sambal yang baru. Rasa yang berbeza, lebih kick dan menggunakan lebih banyak bahan.- Katanya.

Video pengenalan turut memperlihatkan perjalanan menghasilkan produk tersebut bermula daripada mendapatkan ikan bilis di Setiu, Terengganu.

Tampilkan bahan tempatan

Khairul Aming dilihat turun sendiri ke laut bersama nelayan bagi melihat proses mendapatkan ikan bilis yang menjadi antara bahan utama produk berkenaan.

Video itu turut memaparkan penggunaan cili segar, tomato dan belacan sebelum semua bahan diproses untuk menghasilkan Sambal Nyet Bilis.

Produk seberat 180 gram itu dihasilkan di kilang yang terletak di Kota Bharu, Kelantan.

Sediakan 125,000 botol pada 7 Ogos ini

Sebanyak 125,000 botol Sambal Nyet Bilis akan ditawarkan bagi pelancaran pertamanya pada Jumaat, 7 Ogos, bermula jam 9 pagi.

Jualan akan berlangsung menerusi sesi siaran langsung di akaun TikTok Khairul Aming. Harga produk tersebut bagaimanapun masih belum diumumkan.

Khairul Aming menyifatkan pelancaran kali ini sebagai pelancaran produk terbesar yang pernah dilakukannya.



OH! MEDIA


Kongsikan artikel ini


Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.














BULETIN OH! MEDIA


Baca Yang Paling Best Je.


Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!









Pautan artikel telah disalin.



author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top