Khalil Khamis terajang kepala pemain China

Khalil Khamis terajang kepala pemain China

Khalil Khamis melakukan terjahan al kung fu ke atas pemain China, Dai Wai Tsun. Foto: Agensi

SUDAHLAH harapan China pada Piala Asia semakin pudar, terjahan ala kung fu pemain Lubnan, Khalil Khamis ke atas Dai Wai Tsun pula tidak diberikan sebarang hukuman oleh pengadil perlawanan.

Sebaliknya, pengadil dari Korea Selatan, Ko Hyung-jin memberikan sepakan percuma kepada Lubnan kerana beberapa pemain China sudah berada dalam kedudukan ofsaid.

Akibat terjahan kasar dan berbahaya itu, muka Wai Tsun mengalami kecederaan akibat terkena geseran ‘stud’ logam dari but yang dipakai Khalil.

Wai Tsun bagaimanapun berjaya melengkapkan 90 minit perlawanan yang menyaksikan China melakar keputusan seri tanpa jaringan dalam dua perlawanan berturut-turut.

Scroll to Top