Khazanah Dan PNB Rugi RM43.9 Juta Lepas Jual Saham Fashion Valet | Oh! Media

Khazanah Dan PNB Rugi RM43.9 Juta Lepas Jual Saham Fashion Valet | Oh! Media

Khazanah Nasional Bhd dan Permodalan Nasional Bhd. (PNB) mencatat kerugian sebanyak RM43.9 juta selepas menjual pegangan minoriti mereka dalam Fashion Valet Sdn. Bhd.

Menurut Kementerian Kewangan dalam jawapan bertulis di Parlimen, mereka hanya memperoleh RM3.1 juta daripada penjualan tersebut.

Pandemik dan kesan terhadap Fashion Valet…

Kementerian Kewangan menjelaskan bahawa pandemik Covid-19 telah memberi kesan mendalam terhadap operasi Fashion Valet, sehingga syarikat itu memerlukan suntikan modal baharu untuk meneruskan perniagaan.

Khazanah dan PNB melabur masing-masing RM27 juta dan RM20 juta pada tahun 2018 untuk pegangan minoriti dalam syarikat tersebut.

NXBT Partners ambil alih dan suntik modal baru…

Pada akhir 2023, sebuah syarikat Bumiputera, NXBT Partners, tampil sebagai pelabur strategik dengan menawarkan pengambilalihan saham Khazanah dan PNB dalam Fashion Valet serta menyediakan modal yang diperlukan.

Semua pemegang saham menerima tawaran tersebut, melihat ia sebagai langkah holistik untuk menyelamatkan syarikat di tengah cabaran industri.

Menurut Kementerian Kewangan, tindakan Khazanah dan PNB melepaskan pegangan ini adalah tanggung jawab untuk memberi ruang kepada pelabur baru demi memastikan Fashion Valet dapat terus berdaya saing dan memulihkan prestasinya di pasaran.

#OhmediaNasihat

Walaupun kerugian berlaku, Khazanah dan PNB memilih langkah bijak dengan memberi peluang kepada pelabur strategik untuk menguruskan cabaran kewangan Fashion Valet.

Dalam dunia perniagaan, ada masanya kita perlu melepaskan untuk memberi laluan kepada peluang baru yang lebih sesuai.


Scroll to Top