Korang bayangkan, tengah seronok beli kudap kacang untuk makan sambil tengok TV, sekali rupa rupanya kilang yang proses dan bungkus kacang tu didakwa guna logo halal palsu. Itulah yang berlaku di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Tupai apabila pihak KPDN Perak dan JAIPk serbu tempat tersebut sekitar jam 11.45 pagi.
Serbuan itu sebenarnya dijalankan lepas pihak berkuasa mengesan penggunaan logo halal yang meragukan pada bungkusan kacang tanah dan makanan ringan yang dipercayai diedarkan di seluruh Semenanjung Malaysia, terutama di Perak.
Bila diperiksa satu persatu, memang wujud logo halal pada produk akhir tapi pemilik pula gagal kemukakan Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah.
Pemeriksaan lanjut temui logo meragukan…

Menurut Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail, pemeriksaan mendapati kilang itu memproses pelbagai jenis kacang dan makanan ringan untuk tujuan perdagangan. Namun keadaan jadi mencurigakan apabila logo halal ditemui pada produk akhir tetapi tiada sijil sah yang boleh ditunjukkan pemilik kilang.
Sebanyak 22,700 unit produk kacang pelbagai jenama dan berat disita, semuanya mempunyai logo halal yang tidak sah. Nilai keseluruhan sitaan pula berjumlah RM31,720. Dokumen berkaitan turut dirampas untuk siasatan.
Kes disiasat ikut Akta Perihal Dagangan…

Susulan itu, satu tindakan kes telah diambil di bawah Perintah Perihal Dagangan berkaitan penandaan halal. Menurut Datuk Kamalludin lagi, kes ini akan disiasat di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 kerana disyaki menggunakan logo halal tanpa kebenaran pihak berkuasa seperti Jakim.
Situasi ini sekali lagi buat ramai pengguna rasa risau, sebab isu halal bukan benda main main. Bila melibatkan makanan, kita semua memang nak kepastian.
Pssttt! Hati hati bila beli makanan, terutama yang ada logo halal. Kalau nampak meragukan, lebih baik semak dulu atau pilih jenama yang kita yakin. Halal bukan sekadar logo, tapi tanggungjawab kepada pengguna.
Kredit: MGPERAK
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




