am@hmetro.com.my
Kota Kinabalu: Sebuah kilang papan dan rumah pekerja di Jalan Kokol, Manggatal, di sini, musnah dalam kebakaran awal pagi hari ini.
Kejadian itu turut memusnahkan empat kenderaan termasuk lori tangki.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian jam 3.50 pagi.
Katanya, seramai 23 pegawai dan anggota bersama tiga jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari BBP Lintas, Kota Kinabalu dan Tuaran digerakkan ke lokasi kejadian.
“Kebakaran menyebabkan kilang papan dan rumah pekerja jenis separuh kekal terbakar sepenuhnya.
“Turut terbakar sebuah lori tangki, forklift, kereta Proton Satria dan sebuah kenderaan pacuan empat roda,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, tiada mangsa dilaporkan terbabit dan operasi terkawal pada jam 5.08 pagi.
“Pasukan bomba masih melakukan kerja-kerja memadam sisa kebakaran.
“Punca kebakaran dan nilai kerugian masih disiasat” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd




