Kim Jong Un guna penyamar? Tahi lalat cetus tanda tanya

Kim Jong Un guna penyamar? Tahi lalat cetus tanda tanya

SEOUL – Media rasmi Korea Utara pada Isnin menerbitkan beberapa imej memaparkan pemimpin Kim Jong Un melawat pameran pakaian dan kasut wanita selepas tersebar khabar angin beliau sudah meninggal dunia kerana pendarahan otak yang serius.

Korean Central News Agency (KCNA) bagaimanapun tidak menyatakan waktu sebenar gambar tersebut dirakam atan mengesahkan keasliannya.

Gambar terbaharu Jong Un tidak berjaya meredakan pelbagai spekulasi sebaliknya mencetuskan semula teori konspirasi luar biasa di media sosial.

Beberapa warganet mendakwa terdapat tahi lalat pada pipi kiri Jong Un dan turut mempersoalkan sama ada lelaki dalam gambar itu benar-benar beliau.

Menurut laporan New York Post, imej itu muncul beberapa jam selepas berita tular di media sosial bahawa pemimpin berusia 42 tahun itu koma sebelum meninggal dunia selepas dibawa ke Beijing untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

Dakwaan disebarkan anggota pembangkang China berpusat di Amerika Syarikat (AS), Wanjun Xie itu juga menyebut kepimpinan negara itu telah diambil alih Kim Yo Jong yang merupakan adik kepada Jong Un dan Beijing telah mengerahkan 9,000 anggota tentera ke Pyongyang susulan kebimbangan terhadap kemungkinan krisis peralihan kuasa.

Scroll to Top