Baru-baru ini, kecoh di media sosial bekas suami kepada pempengaruh, Jasmin Sofia membuat panggilan video dengan seorang wanita sambil melakukan perkara terkutuk.
Video berkenaan didakwa disebarkan di aplikasi Telegram sebelum dimuat naik ke beberapa platform yang lain.
Video aib tersebar, Fakha buat laporan polis
Terbaru, mangsa yang merupakan anggota beruniform tampil membuat satu laporan polis. Dalam penjelasannya, Fakha berkata itu adalah video lama yang telah ditularkan semula.

Fakha mengaku dirinya pernah melakukan kesilapan dan kini dihujani pelbagai kecaman serta dilabel dengan pelbagai tuduhan.
“Aku sendiri menyesal” – Fakha tak minta simpati, hanya mohon didoakan

Fakha turut menyatakan dia tidak meminta simpati daripada sesiapa, sebaliknya memohon agar orang ramai mendoakan dia diberikan kekuatan untuk bangkit dan memperbaiki dirinya.
Hari ni aku dibenci, dihina, dan dilabel macam-macam. Tapi aku terima sebab aku memang pernah silap. Aku tak minta simpati, cuma doakan aku kuat untuk lalui semua ni.
Tambahnya, video yang kini tersebar adalah kisah lama yang masih menghantui dirinya sehingga kini.
Video tu tak patut tersebar, kisah ni dah dulu dan aku sendiri menyesal. Tapi aku juga manusia yang pernah khilaf.
Menurut Fakha, terlalu ramai yang cepat menjatuhkan hukuman tanpa mengetahui keseluruhan cerita. Namun begitu, dia tetap mahu teruskan hidup dan menganggap itu adalah teguran daripada Allah SWT.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.