Isteri pelakon dan pelawak, Along Cham iaitu Afreena Suhaimi mengaku dakwaan suaminya memiliki ganja adalah ujian yamg amat berat buat mereka saat ini.
Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Afreena tidak menafikan dirinya penat dan emosinya terkesan dek isu tersebut, bagaimanapun dia berjanji akan bersatu semula dengan suami tercintanya itu.
“Hubby, I’m tired, I’m exhausted and I am drained sayang. Such a huge test from Allah. B, i promise you we will reunite very-very soon. I love you so much, Along Cham,” tulisnya berserta tanda pagar #justiceforalongcham.
Meninjau ke hantaran lain, Afreen turut berkongsi foto-foto bersama suaminya di IGS.

Terdahulu, Along Cham mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret Sepang atas dua pertuduhan memiliki dadah jenis kanabis.
Mengikut pertuduhan pertama, Along didakwa memiliki bahan disyaki dadah berbahaya jenis kanabis anggaran berat 58.23 gram di sebuah rumah teres di Cyberj 9, Cyberjaya, pada jam 3.10 petang, 14 Disember lalu.
Artikel Berkaitan: Along Cham Mengaku Tidak Bersalah Miliki Ganja Jenis Kanabis
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Isteri Along Cham Janji Akan Tuntut Keadilan, Dakwa Suami Jadi Mangsa Penganiayaan





