“Kita Jumpa Di Mahkamah” – Jawapan Pedas Fahmi Reza Kepada Kerajaan Madani | Trending – Oh! Media

“Kita Jumpa Di Mahkamah” – Jawapan Pedas Fahmi Reza Kepada Kerajaan Madani | Trending – Oh! Media

Trending

Pelukis satira politik, Fahmi Reza respon isu kekeliruan semakan jadi punca beliau dihalang ke luar negara.


Aktivis dan pereka grafik terkenal, Fahmi Reza tampil memberi respon kepada kenyataan Ketua Polis Negara mengenai kekeliruan ketika proses semakan menyebabkan beliau disekat ke luar negara.

BACA: “Aku Hanya Buat Lukisan” – Fahmi Reza Kena ‘Blacklist’ Masuk Sabah, Dihalang Ke Luar Negara

Dalam satu kenyataan terbuka kepada kerajaan Madani, Fahmi menyindir pihak berkuasa yang didakwa gagal bertanggungjawab atas insiden sekatan di lapangan terbang yang berlaku ke atas dirinya.

“Aku tetap tak dapat ke luar negara”

Fahmi Reza

Fahmi turut menyifatkan pihak kerajaan seolah-olah ‘cuci tangan’ apabila perkara itu tular dan hanya menuding jari antara satu sama lain. Katanya, polis menuding kepada imigresen, manakala imigresen pula menyalahkan kekeliruan sistem.

Korang senang je cakap tiada sekatan rasmi. Tapi realitinya, aku tetap kena sekat semalam. Aku tetap tak dapat ke luar negara. Aku tetap dinafikan hak aku sebagai rakyat.

Dalam kenyataan sama, beliau menegaskan bahawa rakyat juga berhak membawa pihak berkuasa ke mahkamah sekiranya berlaku ketidakadilan.

”Kita jumpa di mahkamah”

Fahmi Reza

Fahmi turut memaklumkan bahawa beliau bersedia mengambil tindakan undang-undang, selaras dengan nasihat kerajaan yang sering menyeru rakyat menggunakan “saluran yang betul”.

Kerajaan dan pihak berkuasa bukan kebal. Rakyat patut berani melawan. Rakyat tak patut takut pada kerajaan, kerajaan yang patut takut pada rakyat.

Terdahulu, nama Fahmi Reza pernah beberapa kali tular kerana karya-karya satira politiknya dan sering berdepan siasatan pihak berkuasa.

Namun, kali ini, beliau tampak lebih serius apabila hak kebebasan dirinya didakwa disekat tanpa alasan yang jelas.

Pssttt! Alamak! See you in court la pula. Macam panjang je lagi kontroversi ni?

Kredit: Facebook Fahmi Reza
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top