“Kita Selalu Fokus Orang Menzalimi Diri Kita Tapi Tak Pernah Fikir Diri Banyak Dosa”- Betty Rahmad

“Kita Selalu Fokus Orang Menzalimi Diri Kita Tapi Tak Pernah Fikir Diri Banyak Dosa”- Betty Rahmad

Pelakon dan usahawan, Betty Rahmad menyorot perhatian ramai apabila berkongsi ilmu kepada pengikutnya di platform Thread baru-baru ini.

Menurut Betty, atau nama sebenarnya Norsha Rahmad Ali, 44, masyarakat masa kini sering memberi tumpuan kepada kesalahan dan tindakan orang lain, namun jarang sekali merenung bahawa ujian dan dugaan yang dihadapi mungkin berpunca daripada dosa-dosa sendiri.

Malah, Betty juga memaklumkan, terdapat banyak ayat al-Quran memohon ampun kerana menzalimi diri sendiri.

“Semalam Ustazah cakap, kita selalu focus/complain orang menzalimi, menganiaya kita.

“Tapi tak pernah fikir kita menzalimi diri kita dengan dosa dosa yang akan bawa kita ke neraka.

“Sebab tu dalam Al Quran, banyak ayat mohon ampun kerana menzalimi diri,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet dilihat bermuhasabah diri susulan perkongsian Betty yang menyentuh mengenai tindakan menganiaya orang lain tanpa terlebih dahulu menilai kesalahan sendiri.

 

Scroll to Top