Pelakon dan usahawan, Nur Fazura membuat ramai teruja apabila dia mengakui mempunyai kereta jenama perodua Myvi dan Proton Perdana.
Menerusi ciapan di platform Threads miliknya, Fazura atau nama lengkapnya, Nur Fazura Sharifuddin, 43, sempat berselotoh mengatakan dia bimbang terbawa laju ketika membawa Myvi.
“Faz pun ada Myvi dan Perdana juga. Hari tu ingat nak drive Myvi, tapi Myvi punya pergi lagi laju dari yang lain.
“Nervous tengah cakap-cakap kot tertekan mintak, terparking terus dalam Jakel,” katanya.
Dalam pada itu, aktres drama rantaian popular Lelaki Itu ini sempat menitipkan pesanan kepada pengikutnya untuk sentiasa merendah diri, menjaga hati dan membuat sikap riak.
“Kesimpulannya, kita semua sama. Tak kira drive kereta apa pun. Tetap semua Allah SWT punya. Kita pinjam sama.
“Yang penting, semoga kita sentiasa jaga hati kita, buang sifat riak mahupun takbur. Mudah-mudahan, amin,” katanya di platform Threads.

Sebelum ini, Fazura mengesahkan dia sudah bersara daripada menjayakan drama Televisyen (TV).
Artikel Berkaitan: Undur Diri Jayakan Drama TV, Nur Fazura Umum Bersara… Mahu Fokus Kepada Fatima
Artikel Berkaitan: DJ Sonic Bongkar Rahsia, Dedah Fazura Pernah Tolak Banyak Tawaran Jadi Duta Demi Anak




