Berita kehilangan Bapa Pembangunan Modal Insan, Tun Abdullah Ahmad Badawi bukan sahaja dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia tetapi juga menantunya yang juga bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
Menerusi perkongsian video tular, Khairy Jamaluddin dilihat gagal menahan sebak ketika pengebumian Tun Abdullah Ahmad Badawi di Makam Pahlawan di Masjid Negara di sini pada kira-kira 2.30 petang pada Selasa.
“Khairy Jamaluddin tidak dapat menahan air mata ketika pengebumian Perdana Menteri kelima yang juga bapa mentuanya, Tun Abdullah Ahmad Badawi di Makam Pahlawan, hari ini,” tulis pada kapsyen berkenaan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyifatkan Negarawan ulung yang juga dikenali dengan gelaran ‘Mr Nice Guy’ itu adalah seorang bapa mentua yang baik dan dikagumi.
Maka, tidak hairanlah jika KJ menangisi pemergian bapa mentuanya itu.








