KARNIVAL Jom Heboh (KJH) Segulai Sejalai Sarawak kembali memeriahkan Dataran Perayaan Petra Jaya, Kuching, Sarawak bermula 5 hingga 7 September ini.
Acara menjanjikan hujung minggu penuh hiburan, tawaran menarik dan pelbagai aktiviti mesra keluarga yang meraikan semangat kebersamaan masyarakat di Bumi Kenyalang.
Menampilkan deretan tarikan seperti Konsert Jom Heboh dua malam berturut-turut, pelbagai aktiviti kekeluargaan seperti pertandingan karaoke, permainan pentas dan sesi ramah mesra bersama selebriti drama TV3 serta personaliti Media Prima.
Kerjasama strategik bersama Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP) turut membuka peluang kepada orang ramai berinteraksi secara lebih dekat dengan pelbagai agensi di bawah naungan mereka termasuk Jabatan Muzium, Lembaga Pelancongan Sarawak, Majlis Seni Sarawak, BeSarawak, Majlis Kraf Sarawak serta Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak.
Setiap agensi akan menganjurkan pelbagai aktiviti menarik khusus buat pengunjung.
Mereka yang hadir turut berpeluang mencuba NSTP Racing Sim Experience, Pertandingan Ratu Etnik Drama Sangat, Spin Fighters Challenge, Zumba, Pemeriksaan Kesihatan Percuma, Pemeriksaan Kanser Serviks, Bola Sepak Jalanan, Soopa Doopa, Aktiviti Jom Memanah, Lengkap dengan Love Food Festival, tawaran jualan istimewa dan acara penuh jiwa seperti Sembang Santai.
Inilah peluang sekali setahun untuk rasai kemeriahan hiburan, gaya hidup dan kebersamaan masyarakat Sarawak.
Beberapa ruang khas turut disediakan seperti Studio Tonton Drama Sangat, New Straits Times Press, Pentas Utama, Konsert Jom Heboh Segulai Sejalai Sarawak yang dibawakan oleh U Mobile, Kedai Jom Heboh, Studio Jom Heboh dan Love Food Festival.
Kemunculan personaliti Media Prima seperti Mior Abdul Malik, Naz Habibur Rahman, Farah Nabilah Wazer, Fatin Hamimah, Asri Badrun, Fadzly Fuad, Barr Zaizan dan Syamira Nazir pasti dinantikan pengunjung di Studio Tonton Drama Sangat.
Selain peluang bertemu artis drama kegemaran ramai seperti Wanie Ooi, Mark Adam, Ezzanie Jasny, Apich Lo, Jazmy Juma dan Marsha Milan. Bukan itu sahaja, antara pengisian menarik lain termasuk Pertandingan Ratu Etnik Drama Sangat (Ahad, 7 September-peserta wanita berusia 18 hingga 35 tahun), Pertandingan Jaguh Kartun serta kemunculan maskot popular Ejen Ali. Jangan lepaskan peluang dan rasai sendiri kemeriahan bersama artis kegemaran anda!
Rasai pengalaman pemanduan mendebarkan menerusi NSTP Car Sim Experience di mana pengunjung boleh menguji skil memandu dalam suasana simulasi realistik seolah-olah berada di litar perlumbaan sebenar.
Dengan peralatan canggih dan cabaran penuh aksi, aktiviti ini pasti menguji adrenalin dan memberikan pengalaman sukar dilupakan.
Pengunjung boleh hadir seawal jam 9 pagi untuk menyertai pelbagai aktiviti riadah termasuk sesi zumba menyeronokkan bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta bola sepak jalanan.
Terus raikan malam penuh keberkatan dengan program Sembang Santai sempena Maulidur Rasul di pentas utama Jom Heboh jam 9 malam pada 5 September ini.
Sembang santai ini menampilkan perkongsian ringan, tetapi penuh makna mengenai kisah teladan, nilai murni serta pengajaran sirah Rasulullah SAW.
Ia bukan sahaja memberi ruang kita mendekatkan diri dengan sejarah junjungan besar Nabi Muhammad SAW, malah menjadi platform berinteraksi dalam suasana santai, mesra dan mudah difahami oleh semua peringkat usia.
Rasakan pengalaman muzik tiada tandingan dengan persembahan artis terkenal tanah air di Konsert Jom Heboh Segulai Sejalai Sarawak yang dibawakan U Mobile sebagai penaja utama konsert kali ini.
Hanif Miswan dan Ayu (Hot FM) selaku hos utama memastikan setiap detik konsert penuh dengan gelak tawa, sorakan dan semangat luar biasa.
Pada Sabtu, pula pentas utama akan digegarkan Lan Solo, Marsha Milan, Ara Johari, Haiza dan Datuk Aishah.
Manakala Floor 88, Wany Hasrita, Dayang Nurfaizah, Hael Husaini dan Amir Jahari mengambil alih pentas pada Ahad.
Reruai Kedai Jom Heboh turut menjadi tarikan utama dengan menawarkan pelbagai barangan cenderahati eksklusif daripada rangkaian TV Media Prima seperti TV3, Jom Heboh dan Ejen Ali pada harga berpatutan. Pengunjung boleh mendapatkan pelbagai pilihan menarik termasuk t-shirt, topi, botol air, payung dan banyak lagi barangan eksklusif yang sesuai dijadikan kenangan mahupun hadiah buat yang tersayang.
Reruai Studio Jom Heboh pula menjanjikan pengalaman yang penuh keseronokan dengan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga.
Antara aktiviti yang menanti pengunjung termasuk sesi beramah mesra bersama penyampai radio Media Prima Audio, aktiviti lukisan karikatur, emcee cilik, bilik foto, servis henna serta pelbagai lagi aktiviti interaktif yang menyeronokkan.
Selain itu, pengunjung berpeluang mendapatkan hadiah percuma dengan mengikuti laman media sosial Jom Heboh Official di Facebook, Instagram dan juga TikTok, sekali gus menjadikan kunjungan ke Studio Jom Heboh lebih bermakna dan istimewa.
Terdapat juga peluang menikmati kepelbagaian makanan viral kegemaran ramai antaranya Lamb Shank Chef Ammar, Bakso Beranak by Vicha, Cikidot dan banyak lagi di Love Food Festival sambil bersantai di kawasan rehat yang disediakan.
Tidak ketinggalan pelbagai promosi hebat dan hadiah menarik di reruai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), F&N, Kewpie, Treatz Food, Affin Bank, Zus Coffee dan banyak lagi.
Jangan lupa temu janji anda! Maklumat lanjut, layari www.jomheboh.com.my dan ikuti media sosial rasmi KJH di Facebook dan Instagram: @jomhebohofficial.
© New Straits Times Press (M) Bhd




