Usahawan makanan, Kieda Crepe menyatakan bahawa pihak KKM datang kedai selepas menerima aduan mengenai kebersihan premis miliknya sejak tular video dia memaklumkan diri dijankiti herpes.
KKM datang kedai Kieda, tutup kedai sehari
Menerusi perkongsian di Facebook, pemilik nama sebenar, Khalieda Yusra telah menyatakan perkara tersebut dan memaklumkan pihaknya menutup kedai pada Khamis 26 Jun 2025 bagi urusan sanitasi.
Dalam pada itu, dia juga diminta untuk bertemu doktor dari jabatan tersebut bagi melihat kondisi dirnya ketika ini.
“Pihak KKM ada datang ke Kieda tadi, ada yang membuat aduan tentang isu viral ini dan mereka perlu jawab dengan sedikit kenyataan dengan Kieda .
“Dan doktor jabatan tu nak jumpa Kieda untuk tengok diri Kieda esok( Khamis)…
“InshaAllah esok Kieda akan ke Pejabat mereka ,” tulisnya.
KKM datang kedai Kieda, akan beri penjelasan nanti
Susulan daripada itu, dia meminta orang ramai untuk bersabar dan menunggu jawapan daripada doktor dan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Dia juga berharap agar segala urusan dipermudah dan mengucapkan terima kasih kepada semua.