KKM Turun Padang, Kieda Crepe Tutup Kedai Sementara Untuk Sanitasi | Trending – Oh! Media

KKM Turun Padang, Kieda Crepe Tutup Kedai Sementara Untuk Sanitasi | Trending – Oh! Media

Trending

KKM turun ke Kieda Crepe susulan isu viral. Premis ditutup sementara untuk proses sanitasi.


Nampaknya isu viral melibatkan pemilik jenama Kieda Crepe, Khalieda Yusra semakin hangat apabila Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dikatakan sudah turun padang ke premis beliau susulan aduan yang diterima daripada orang ramai.

Menerusi beberapa perkongsian di Facebook, Khalieda mendedahkan pihak KKM datang bertemu dengannya bagi mendapatkan penjelasan dan akan membuat pemeriksaan lanjut termasuk memanggil beliau ke pejabat untuk siasatan.

KKM datang siasat, Kieda tutup kedai sehari untuk sanitasi

Kieda Crepe

Tidak cukup dengan itu, Kieda turut memohon maaf secara terbuka atas apa yang berlaku dan mengakui kesilapannya dalam menguruskan hal peribadi serta perniagaan.

Beliau menjelaskan kedainya akan ditutup sementara pada 26 Jun 2025 bagi tujuan sanitasi.

Esok sehari kieda tutup kedai untuk proses sanitizer ya. Kieda janji akan buat the best untuk semua tetamu Kieda.

Selain memohon maaf kepada vendor dan pelanggan yang terkesan, Kieda turut menzahirkan rasa kesal apabila isu melibatkan dirinya memberi tempias kepada ramai pihak yang tidak bersalah.

Kieda mohon diberikan peluang

Kieda Crepe

Beliau turut menyatakan kesediaan untuk berubah dan menjanjikan agar kesilapan tersebut tidak berulang lagi.

Pssttt! Apa pun yang berlaku, kita doakan semoga segala urusan dipermudahkan buat Kieda.

Kredit: Facebook Khalieda Yusra
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top