
Antara aksi menarik perlawanan Kuching City menentang Kuala Lumpur City di Stadium Negeri pada Ahad. – Foto MFL
JARINGAN Arif Shaqirin Suhaimi pada minit ke-81, membolehkan Kuala Lumpur City membawa pulang tiga mata selepas menewaskan Kuching City, 3-2 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Negeri, Kuching pada Ahad.
The City Boys bermula garang apabila Paulo Josue meledak dua gol awal minit ke-19 dan m-41 bagi memimpin perlawanan sebelum jaringan Abu Kamara pada masa kecederaan memastikan kedua-dua pasukan menuju ke bilik persalinan dengan kedudukan, 2-1.
Separuh masa kedua, The Cats finalis Piala Cabaran kendalian Aidil Sharin Sahak tampil menggandakan asakan bagi memburu gol penyamaan.
Gol dicari tuan rumah akhirnya hadir menerusi jaringan Yuki Tanigawa pada minit ke-72 untuk mengikat perlawanan 2-2.



