mohdsyazwan@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Jurulatih Kuala Lumpur City (KL City) FC, Risto Vidakovic menegaskan pemainnya perlu meneruskan perjuangan dengan memastikan tiga mata menjadi milik pasukan dalam setiap perlawanan, terutama menjelang aksi menentang Melaka FC di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras esok.
Menurut Vidakovic,prestasi pemain dipengaruhi oleh pelbagai faktor termasuk kehadiran lawan yang sukar dijangka, kepentingan perlawanan serta tekanan tinggi untuk tidak melakukan kesilapan.
“Kamu tahu, kadang-kadang bermain baik, kadang-kadang tidak dapat bermain seperti yang diinginkan kerana lawan juga ada di sana.
“Banyak perkara mempengaruhi prestasi, termasuk kepentingan perlawanan dan pemain takut melakukan kesilapan. Tiga mata sangat penting bagi kami,” katanya.
Vidakovic menegaskan bahawa jika KL City gagal meraih kemenangan, peluang untuk bersaing bagi tempat kedua liga akan menjadi lebih sukar.
“Barisan pemain tahu situasi ini. Kita semakin menghampiri penghujung musim dan setiap perlawanan adalah sangat, sangat penting.
“Tekanan sangat tinggi bagi semua orang. Jadi tidak mudah untuk mempamerkan permainan cantik dalam setiap perlawanan,” katanya.
Jurulatih dari Serbia itu menegaskan KL City telah berjuang habis-habisan untuk mengecilkan ruang lawan dan bertahan dengan baik dalam perlawanan lalu.
“Kami sudah berjuang apa yang perlu untuk bertahan, mengurangkan ruang lawan, dan berjaya melakukannya,” kata Vidakovic.
Pada ketika ini, KL City yang berada di tangga ketiga liga Super bersaing sengit dengan Selangor di tempat kedua, dengan kedua-dua pasukan berkongsi 36 mata.
Perlawanan esok menuntut KL City untuk meneruskan momentum positif bagi memastikan mereka terus relevan dalam perebutan gelaran naib juara dan tiket ke Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2).

© New Straits Times Press (M) Bhd