Klinsmann lega berjaya tundukkan Arab Saudi

Klinsmann lega berjaya tundukkan Arab Saudi

Hee-chan menjaringkan penalti penentuan ketika perlawanan menentang Arab Saudi pada saingan Piala Asia. Foto AFP

KOREA Selatan bangkit untuk menewaskan Arab Saudi 4-2 menerusi sepakan penalti pada Rabu dan menyertai Uzbekistan untuk mara ke suku akhir Piala Asia.

Korea Selatan akan menentang Australia dalam pusingan lapan pasukan terbaik manakala Uzbekistan menentang tuan rumah dan penyandang juara, Qatar selepas pasukan itu menewaskan Thailand 2-1.

Penjaga gol pilihan kedua, Jo Hyeon-woo muncul wira untuk Korea Selatan di Doha, menyelamatkan penalti daripada Sami Al-Najei dan Abdulrahman Ghareeb dalam penentuan sepakan penalti.

Selepas perlawanan sengit berakhir 1-1, Hwang Hee-chan menjaringkan penalti penentu untuk pasukan Jurgen Klinsmann, yang menyasarkan untuk menamatkan kemarau kejuaraan Piala Asia selama 64 tahun untuk Korea Selatan.

Scroll to Top