Klopp belum sedia kembali termasuk sebagai pengurus England

Klopp belum sedia kembali termasuk sebagai pengurus England

Berlin: Jurgen Klopp menolak untuk kembali ke bidang kejurulatihan dalam masa terdekat, termasuk mengisi tugas sebagai pengurus England.

Dia berkata: “Setakat hari ini, ini adalah pendirian saya sebagai jurulatih.”

Bercakap ketika mesyuarat Persatuan Jurulatih Bolasepa Jerman di Wuerzburg, bekas mentor Liverpool dab Borussia Dortmund itu berkata: “Saya tidak memutuskan untuk berhenti terus, ini adalah keputusan secara keseluruhan.”

Klopp meletak jawatan sebagai pengurus Liverpool pada hujung musim 2023-24 dengan alasan keletihan selepas 23 tahun terbabit dalam bidang pengurusan kelab.

Pengendali dari Jerman berusia 57 tahun itu segera dikaitkan dengan beberapa tugasan termasuk sebagai pengurus England selepas Gareth Southgate meletak jawatan susulan Three Lions tewas 1-2 di tangan Sepanyol di final Euro 2024 di Berlin.

“Saya mencari keamanan dan ketenangan dan saya pasti 100 peratus ia adalah di sini sekarang dan saya menikmatinya.

“Ia adalah masanya untuk ke tepi dan merehatkan segala-galanya,” kata Klopp sambil berkata, membuat pengecualian kepada kelab atau negara akan menyebabkan perubahan harga diri.

Menurutnya, dia menikmati persaraannya sekarang, tetapi akan kembali bekerja dalam bola sepak apabila sampai masanya, sekalipun masanya untuk berehat sudah berakhir.

“Saya masih terlalu muda untuk hanya bermain padel tenis atau menghabiskan masa bersama cucu.

“Adakah saya akan menjadi jurulatih semula? Saya mungkin menolaknya buat masa ini.

“Mari lihat bagaimana keadaannya dalam beberapa bulan akan datang. Buat masa ini, tiada apa dalam perancangan.

“Kita mungkin boleh bercakap semula mengenainya dalam beberapa bulan akan datang.

“Saya masih mahu bekerja dalam bola sepak dan membantu orang dengan pengalaman dan kenalan saya. Kita lihat nanti apa yang masih tinggal untuk saya,” kata Klopp sambil mengakui dia sudah melatih beberapa kelab terbaik di dunia.

Klopp bermain 325 perlawanan untuk Mainz sebelum menjadi jurulatih pada 2001 dan perpindah ke Dortmund pada 2008 apabila memenangi dua gelaran liga serta mara ke final Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada 2013.

Dia berpindah ke Liverpool pada 2015 dan menamatkan penantian mereka selama 30 tahun untuk memenangi Liga Perdana Inggeris (EPL), selain mara ke tiga final dan memenangi UCL sekali, selain satu trofi Piala FA, dua kali Piala Liga dan UEFA Supercup.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top