Kluster Genting dibawa warga asing rentas negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Kuala Lumpur: Kluster Genting yang tercetus baru- baru ini dikenal pasti apabila kes indeks iaitu seorang warga asing Bangladesh merentas negeri dari Selangor ke Genting Highlands, Pahang untuk melawat rakan-rakannya.

Dr Noor Hisham memaklumkan bahawa kluster itu dilaporkan dikesan di Kuala Lumpur dan Pahang yang melibatkan Daerah Titiwangsa juga Bentong apabila kes indeks (kes ke-66,878) dilaporkan positif pada 1 Disember hasil saringan tempat kerja.

“Kluster Genting telah dikenal pasti iaitu kes indeks seorang warga asing Bangladesh merentas sempadan negeri dari Selangor ke Genting Highland, melawat dan menjangkiti rakan-rakannya.

“PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan) dikuatkuasakan di Amber Court, Ria Apartment dan Rumah Kongsi Kampung Semaut Bentong, Pahang mulai 10 hingga 23 Disember ini,” katanya menerusi Twitter rasmi beliau.

 

ZA137 Malay News

National Desk