KM 26.1 arah selatan Plus berhampiran Jitra ditutup susulan banjir

KM 26.1 arah selatan Plus berhampiran Jitra ditutup susulan banjir

am@hmetro.com.my

Jitra: Laluan lorong arah selatan Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) di Kilometer 26.1 berhampiran Jitra ditutup kepada lalu lintas disebabkan lebuh raya itu dinaiki air.

Pengendali lebuh raya Plus Malaysia Bhd memaklumkan melalui platform X bahawa lorong kanan arah utara juga ditutup akibat banjir.

“Status terkini, semua lorong arah selatan sudah pun ditutup dan lorong kanan arah utara juga ditutup.

“Berikutan itu, semua kenderaan yang bergerak ke selatan sedang dilencongkan ke persimpangan Jitra.

“Trafik bergerak perlahan di kedua-dua arah dan sila rancang perjalanan anda menggunakan aplikasi Google atau Waze,” katanya melalui platform berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Superintendan Mohd Redzuan Salleh memaklumkan melalui laman sosial, Facebook, kenderaan di lorong arah selatan dilencongkan ke susur keluar Malau lebuh raya itu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top