Siapa sangka sekotak bijirin sarapan boleh mencetus ribuan idea hebat dalam kalangan murid sekolah rendah di seluruh negara.
Inilah semangat yang diteruskan menerusi Koko Kraf Club 2025, anjuran Nestlé Koko Krunch dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Dilancarkan buat kali pertama pada 2024, inisiatif ini meraikan kreativiti dan imaginasi anak-anak Malaysia.
Lebih membanggakan, sambutan yang diterima tahun ini sungguh luar biasa apabila penyertaan melonjak kepada lebih 12,500 murid daripada 925 sekolah, iaitu tiga kali ganda lebih tinggi berbanding tahun lalu.
Program ini menjadi wadah untuk murid mengekspresikan bakat dan imaginasi mereka melalui pertandingan bertemakan ‘My Future’, yang dijalankan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
Mencorak generasi masa depan
Menerusi tema peringkat kebangsaan, ‘Future For My Country’, murid-murid dicabar untuk berfikir secara kreatif dan kritis bagi membayangkan Malaysia yang ingin mereka lihat pada masa hadapan.
Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad, Juan Aranols, berkata Koko Kraf Club adalah bukti komitmen Nestlé dalam menyokong perkembangan holistik kanak-kanak melalui kreativiti.
Kerjasama dengan KPM amat bermakna kerana ia bukan sekadar memperkukuh kredibiliti program ini, tetapi juga membuka peluang kepada semua murid, termasuk dari luar bandar, untuk menyerlahkan bakat mereka dan mencapai potensi sebenar,” ujar Business Executive Officer, Nestlé Cereal Partners Malaysia, Philip Joe.

“Program ini terbukti berjaya menyemai keyakinan diri dan semangat untuk memasang impian besar dalam diri anak-anak Malaysia,” katanya.
Sebanyak 15 kumpulan terbaik dari seluruh negara bakal bersaing di pentas Grand Finale, yang akan berlangsung pada 6 November ini di NU Sentral, Kuala Lumpur.
Acara kemuncak ini turut menampilkan gerai kraf dan pameran seni yang dibuka untuk penyertaan orang ramai di NU Sentral dari 3 hingga 6 November.
Menutup tirai tahun kedua penganjuran, Koko Kraf Club 2025 bukan sekadar pertandingan seni, tetapi satu gerakan untuk memupuk generasi muda yang yakin, berimpian besar dan mencipta masa depan mereka sendiri selari dengan semangat Nestlé Koko Krunch untuk menginspirasi setiap anak Malaysia menjadi versi terbaik diri mereka.
© New Straits Times Press (M) Bhd




