Kolaborasi Hotlink, Nas Suha angkat keunikan Terengganu ke dunia NFT

Kolaborasi Hotlink, Nas Suha angkat keunikan Terengganu ke dunia NFT

PENDUDUK di sekitar Kuala Terengganu pastinya teruja melihat wajah baharu bangunan Rex yang dihiasi mural gergasi dengan warna memukau. 

Terletak di persimpangan Jalan Sultan Ismail, lakaran seni dinding pada bangunan Rex kini menjadi salah satu hiasan utama di Bandaraya Warisan, Kuala Terengganu. 

Lebih menarik, karya seni bertaraf antarabangsa ini dihasilkan oleh anak jati Kuala Terengganu iaitu Nas Suha dengan kerjasama Hotlink.

Ibu jadi pendorong

Meminati seni lukis sejak kecil, Nas Suha berkongsi kisahnya ketika kecil yang menjadi dorongan buatnya untuk terus melukis sehingga ke hari ini. 

Nas Suha akan melukis beberapa lukisan dan meminta ibunya menghantarkan lukisan itu untuk menyertai beberapa pertandingan melukis. 

Sehingga suatu hari, ibunya pulang dengan hamper dan beberapa mainan memaklumkan dia memenangi pertandingan itu. 

Apabila dewasa, ibu saudara Nas Suha menceritakan sebenarnya dia tidak pernah memenangi mana-mana pertandingan. Namun ibunya tetap percaya pada bakatnya dan mahu ia menjadi galakan untuk dia terus melukis. 

Pada mulanya, Nas Suha berasa tertipu namun apabila direnungkan kembali dia mungkin tidak dapat #BikinSampaiJadi sebagai artis mural dengan karya seni terbesarnya di Kuala Terengganu.

Angkat budaya, warisan Terengganu

Kolaborasi Hotlink, Nas Suha angkat keunikan Terengganu ke dunia NFT

Gemar memasukkan elemen tempatan ke dalam karya seni, mural hasil lakaran Nas Suha pada bangunan Rex menampilkan rekaan batik dan wau Terengganu. 

Menurut Nas Suha dia memilih untuk menampilkan batik dan wau Terengganu ke dalam mural itu sebagai satu penghormatan kepada warisan, seni serta budaya Terengganu. 

Jelas Nas Suha, tiada peraturan untuk membuat corak wau namun melalui pemerhatiannya kebanyakan orang Terengganu suka menggunakan corak floral. Bagi elemen batik pula, Nas Suha menghasilkan ilustrasi gadis mengenakan kain batik sebagai tudung. 

Melalui konsep yang diketengahkan ini, ia bukan sahaja mengangkat warisan, seni dan budaya negeri Terengganu malah mempromosikan seni batik dan wau menerusi seni visual.

#BikinSampaiJadi rai impian sejati pelukis 

Mural hasil kerjasama Nas Suha dan Hotlink ini adalah sebahagian daripada kempen berterusan #BikinSampaiJadi yang bertujuan untuk meraikan semangat juang demi impian sejati pelukis tempatan dengan memartabatkan keunikan negeri mereka. 

Melalui kempen ini, Hotlink juga berhasrat untuk memperkasa bakat tempatan dengan menyokong dan memperkasa bakat tempatan dengan cara mereka sendiri melalui pilihan internet yang disediakan.

Apabila ditanya mengenai kepentingan internet terhadap kerjayanya sebagai artis, Nas Suha berkata, dengan sambungan Hotlink yang pantas di seluruh negara, tiada apa yang akan tertinggal. 

“Memelihara warisan dan budaya melalui seni visual adalah matlamat saya. 

“Jadi, setiap kali perlu mencari inspirasi untuk seni, saya cenderung melayari internet untuk mendapatkan idea baharu. 

“Hotlink sentiasa ada untuk menyokong keperluan internet saya,” katanya. 

Bagi Nas Suha, keupayaan untuk mempamerkan karya seninya secara dalam talian banyak membantunya mengembangkan jangkauan di media sosial. 

“Mempunyai talian internet yang menyokong kerjaya saya dan menjadikan impian saya menjadi kenyataan, itulah yang Hotlink lakukan untuk saya”, kata Nas Suha.

Hotlink perkasa bakat tempatan

Hotlink turut berkolaborasi dengan Nas Suha untuk membawa karya seninya ke bentuk digital di Metaverse melalui Non-Fungible Token (NFT). 

Komited menyerlahkan semangat #BikinSampaiJadi, Hotlink mahu menyokong artis tempatan mempamerkan bakat mereka serta membawa budaya Malaysia ke dunia digital dengan menyediakan pilihan internet dengan rangkaian menyeluruh.

Meraikan budaya tempatan dan cerita #BikinSampaiJadi artis dan negeri asal mereka, Hotlink bertujuan bukan sahaja memaparkan karya seni untuk tatapan dunia, tetapi juga menjadikannya milik sesiapa sahaja, di mana sahaja di dunia. 

Dengan mural hasil kerja tangan anak jati Terengganu ini, perjalanan Nas Suha sebagai artis masih jauh. Dia perlu terus berimpian besar serta berusaha keras bagi mencapai impian itu.

Anda juga mempunyai pilihan untuk #BikinSampaiJadi cara anda dengan Prabayar Hotlink. Nikmati rangkaian menyeluruh mencapai impian dengan internet tanpa had atau internet pantas serendah RM2.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang Hotlink.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top