
Pengangkut pesawat berkenaan membawa berpuluh-puluh pesawat serangan dan akan diiringi pemusnah peluru berpandu. Foto hiasan
ANKARA – Amerika Syarikat (AS) sedang bersedia untuk mengerahkan kapal pengangkut pesawat ketiga ke Timur Tengah untuk serangan ke atas Iran, lapor Anadolu Ajansi, memetik laporan media pada Jumaat.
Kapal pengangkut pesawat Tentera Laut US, USS George H.W. Bush itu, telah melengkapkan persiapan untuk berlepas ke timur Mediterranean, menurut Fox News.
Kapal itu, yang telah melengkapkan persiapannya di luar pantai Pulau Hatteras, Carolina Utara, dijangka berlepas tidak lama lagi.
Pengangkut pesawat berkenaan membawa berpuluh-puluh pesawat serangan dan akan diiringi pemusnah peluru berpandu.
USS Gerald R Ford kini beroperasi di Laut Merah manakala kapal pengangkut pesawat USS Abraham Lincoln (CVN-72) beroperasi di Teluk Oman.
Ketegangan di Timur Tengah kian memuncak sejak hujung minggu lepas apabila AS dan Israel melancarkan serangan besar-besaran ke atas Iran, membunuh lebih 1,000 orang, termasuk Pemimpin Tertinggi Ali Khamenei, lebih 150 pelajar sekolah dan pegawai kanan tentera.
Iran bertindak balas dengan serangan bertubi-tubi yang menyasarkan pangkalan AS, kemudahan diplomatik dan anggota tentera di seluruh rantau ini, serta beberapa bandar Israel. – Bernama-Anadolu
Ringkasan AI
- Amerika Syarikat bersedia mengerahkan kapal pengangkut pesawat ketiga ke Timur Tengah untuk serangan ke atas Iran
- Kapal pengangkut pesawat tersebut, USS George H.W. Bush, telah melengkapkan persiapan untuk berlepas ke timur Mediterranean
- Kapal itu dijangka berlepas tidak lama lagi dan akan diiringi pemusnah peluru berpandu
- USS Gerald R. Ford beroperasi di Laut Merah dan USS Abraham Lincoln beroperasi di Teluk Oman
- Ketegangan di Timur Tengah memuncak dengan serangan AS dan Israel ke atas Iran yang membunuh lebih 1,000 orang, dan Iran membalas dengan serangan ke atas pangkalan AS dan beberapa bandar Israel



