Konflik Asia Barat: Harga minyak dunia naik lagi

Konflik Asia Barat: Harga minyak dunia naik lagi
Konflik Asia Barat: Harga minyak dunia naik lagi

Harga minyak dunia melonjak lagi susulan ketegangan di Asia Barat.

ISTANBUL – Harga minyak dunia melonjak lagi dengan minyak mentah Brute mencecah $ASD106 setong awal Isnin sebelum menurun sedikit pada $ASD104 susulan ketegangan di Asia Barat, Anadolu Ajansi melaporkan.

Kenaikan harga dalam penanda aras minyak mentah global itu berlaku selepas niaga hadapan minyak itu menyambung semula dagangan sekitar 2200 GMT pada Ahad.

Ia juga selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata pada Jumaat bahawa serangan AS menyasarkan Pulau Kharg, terminal eksport minyak utama Iran di Teluk Parsi, tanpa menjejaskan infrastruktur minyak.

Trump bagaimanapun berkata, walaupun telah memilih untuk tidak memusnahkan kemudahan itu, beliau akan segera mempertimbangkan semula keputusannya jika Iran atau sesiapa sahaja mengganggu laluan yang bebas dan selamat bagi kapal-kapal melalui Selat Hormuz.

Konflik di Asia Barat semakin meruncing sejak Israel dan AS melancarkan serangan bersama ke atas Iran pada 28 Februari, membunuh kira-kira 1,300 orang setakat ini, termasuk Pemimpin Tertinggi Iran ketika itu Ayatollah Ali Khamenei.

Iran bertindak balas dengan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel, Jordan, Iraq dan negara-negara Teluk yang menempatkan aset tentera AS. – Bernama

 

 

Ringkasan AI

  • Harga minyak dunia melonjak lagi dengan minyak mentah Brute mencecah $ASD106 setong awal Isnin
  • Kenaikan harga berlaku susulan ketegangan di Asia Barat
  • Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, berkata serangan AS menyasarkan Pulau Kharg tanpa menjejaskan infrastruktur minyak
  • Konflik di Asia Barat meruncing sejak Israel dan AS melancarkan serangan bersama ke atas Iran
  • Iran bertindak balas dengan serangan dron dan peluru berpandu menyasarkan negara-negara yang menempatkan aset tentera AS
Scroll to Top