14 Mac 2026 04:18pm
Masa membaca: 4 minit

Pada 3 Mac, Israel turut melancarkan pencerobohan darat terhad ke selatan Lubnan selepas memulakan kempen ketenteraan bersama AS terhadap Iran pada 28 Februari lepas. Foto: Agensi
WASHINGTON – Lebih 822,000 penduduk di Lubnan, termasuk hampir 300,000 kanak-kanak telah didaftarkan sebagai hilang tempat tinggal di tengah-tengah serangan berterusan Israel ke atas negara itu, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat, lapor Anadolu Ajansi.
Jurucakap PBB Stephane Dujarric memberitahu pemberita bahawa 28,000 orang kini berlindung di hampir 600 tapak kolektif di seluruh negara.
“Kami sudah tentu menjangkakan bahawa jumlah sebenar mereka yang hilang tempat tinggal adalah jauh lebih tinggi. Kami sekali lagi menegaskan keperluan bagi akses kemanusiaan yang selamat dan tanpa halangan,” katanya.
PBB dan kerajaan Lubnan turut melancarkan rayuan kemanusiaan bagi mendapatkan US$308.3 juta untuk menyediakan bantuan menyelamatkan nyawa kepada satu juta penduduk yang terjejas akibat krisis berterusan di Lubnan.
Kenyataan itu dibuat ketika Israel memperluas kempen ketenteraannya dengan melancarkan serangan udara ke atas pinggir bandar selatan Beirut serta kawasan di selatan dan timur Lubnan.
Pada 3 Mac, Israel turut melancarkan pencerobohan darat terhad ke selatan Lubnan selepas memulakan kempen ketenteraan bersama Amerika Syarikat (AS) terhadap Iran pada 28 Februari lepas. – Bernama-Anadolu
Ringkasan AI
- Lebih 822,000 penduduk di Lubnan, termasuk hampir 300,000 kanak-kanak telah didaftarkan sebagai hilang tempat tinggal kerana serangan berterusan Israel
- 28,000 orang kini berlindung di hampir 600 tapak kolektif di seluruh negara
- Jumlah sebenar mereka yang hilang tempat tinggal dijangka jauh lebih tinggi
- PBB dan kerajaan Lubnan mengajukan rayuan kemanusiaan untuk dana US$308.3 juta bagi membantu satu juta penduduk terjejas
- Israel meluaskan serangan ke pinggir bandar selatan Beirut serta kawasan di selatan dan timur Lubnan, termasuk pencerobohan darat ke selatan Lubnan



