Konflik Asia Barat: Rusia hantar 13 tan bantuan kemanusiaan ke Iran

Konflik Asia Barat: Rusia hantar 13 tan bantuan kemanusiaan ke Iran
Konflik Asia Barat: Rusia hantar 13 tan bantuan kemanusiaan ke Iran

Vladimir Putin. Foto AFP

MOSCOW – Kementerian Situasi Kecemasan Rusia pada Khamis memaklumkan bahawa ia telah menghantar 13 tan bantuan kemanusiaan ke Iran melalui Azerbaijan, lapor Anadolu Ajansi.

Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata, penghantaran berkenaan yang terdiri daripada ubat-ubatan telah dihantar ke Azerbaijan sebelum dipindahkan kepada pihak berkuasa Iran.

Menurut kementerian itu, penghantaran bantuan berkenaan dilaksanakan atas arahan Presiden Vladimir Putin. – Bernama-Anadolu 

Ringkasan AI

  • Kementerian Situasi Kecemasan Rusia telah menghantar 13 tan bantuan kemanusiaan ke Iran
  • Bantuan itu dihantar melalui Azerbaijan
  • Penghantaran tersebut terdiri daripada ubat-ubatan
  • Ini dilaksanakan atas arahan Presiden Vladimir Putin
  • Bantuan itu dipindahkan kepada pihak berkuasa Iran setelah dihantar ke Azerbaijan
Scroll to Top