Konflik Asia Barat: Umat Islam diseru baca Qunut Nazilah, Solat Hajat demi keamanan- Menteri Agama

Konflik Asia Barat: Umat Islam diseru baca Qunut Nazilah, Solat Hajat demi keamanan- Menteri Agama

Umat Islam di seluruh negara diminta mengadakan solat hajat dan bacaan Qunut Nazilah bagi memohon keselamatan di Gaza serta Asia Barat susulan peningkatan ketegangan di rantau itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan, mengeluarkan arahan itu selepas Amerika Syarikat (AS) dan Israel memulakan operasi pertempuran besar di Iran.

“Saya menyeru umat Islam seluruh negara membaca Qunut Nazilah dan Solat Hajat demi keamanan Gaza dan Asia Barat,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Umat Islam diseru baca Qunut Nazilah

Sebelum ini, media melaporkan Iran melancarkan gelombang baharu serangan peluru berpandu dan dron yang menyasarkan Israel serta pangkalan tentera AS di rantau Asia Barat.

Menurut media kerajaan, serangan itu adalah tindak balas terhadap serangan besar-besaran sebelum ini yang mengorbankan pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei.

Artikel lain: Konflik Asia Barat: “Doakan kami dapat balik beraya”- Farah Lee kongsi situasi, bunyi letupan

Sebanyak 27 pangkalan tentera AS menjadi sasaran utama, selain ibu pejabat ketenteraan Israel serta kompleks industri pertahanan di Tel Aviv.

Serangan terbaru ini menandakan peningkatan ketara konflik di Asia Barat, ketika ketegangan antara Iran, AS dan Israel terus memuncak susulan siri serangan balas yang berlaku sejak beberapa hari lalu.

Sumber: FB YB Senator Dr. Zulkifli Hasan

Scroll to Top